Kemerosotan (1828–1908) Perang Uthmaniyyah di Eropah

Penyerahan Uthmaniyah di Nikopol, 1877

Perang Uthmaniyah dengan Bosnia 1831–1836, 1836–1837, 1841.

Perang Uthmaniyah dengan Albania 1820–1822, 1830–1835, 1847.

Perang Uthmaniyah dengan Montenegro 1852–1853.

Lapan kali Perang Rusia-Uthmaniyah 1853–1856, Perang Crimea, di mana United Kingdom dan Perancis menyertai perang di pihak Empayar Uthmaniyah. Tamat dengan Perjanjian Paris.

Perang kedua dengan Montenegro pada 1858–1859.

Perang dengan Montenegro, Bosnia dan Serbia pada 1862.

Pemberontakan Crete pada 1866.

Pemberontakan Bulgaria pada 1876.

Perang Rusia-Turki ke-9 dan terakhir bermula pada tahun 1877, pada tahun sama Uthmaniyahberundur dari Persidangan Constantinople. Romania kemudian mengistiharkan kemerdekaannya dan memulakan perang ke atas Turki, disertai oleh Serbia dan Bulgaria dan akhirnya Rusia (lihat juga Hubungan Luar Rusia selepas Perang Crimea). Austria menduduki Bosnia pada tahun 1878. Rusia dan Uthmaniyahmenandatangani Perjanjian San Stefano pada awal tahun 1878. Selepas dipertimbangkan di Kongres Berlin, yang mana dihadiri oleh semua kuasa-kuasa Besar pada waktu itu, Perjanjian Berlin (1878) mengakui perubahan wilayah.

Rumelia Timur diberi beberapa autonomi pada tahun 1878, memberontak dan menyertai Bulgaria pada tahun 1885. Thessaly diserahkan kepada Yunani pada tahun 1881, tetapi selepas Yunani menyerang Empayar Uthmaniyyah untuk membantu Pemberontakan Crete Kedua pada tahun 1897, pihak negara tersebut dikalahkan di Thessaly.